Saturday, November 13, 2010

aku hanya wanita biasa.....


Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Saidatina Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyusahkanmu. Jadi aku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan lembut, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani aku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu hodoh dan selekeh. Mungkin karena aku begitu sibuk memasak di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan nampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian aku harus mengemas istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan aman dan tenang. Mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja.. Mungkin aku mengantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu meluahkan segala rasa, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sesaat pun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang merengek, dan aku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin aku mengganggu sedikit pun masa tidurmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Saidatina Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan berduka, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk meluahkan segala rasa di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku mahukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Atau ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul manja si kecil karena lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak henti-henti. Bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkannya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu aku tau kau selalu menghargai semua yang aku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perbuatanku pada si kecil kita, aku akan merasakan seribu kali rasa sakit dari cubitan yang aku berikan padanya, aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Saidatina Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu khilaf, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Esa.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya kelak.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau temu puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bercambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan saatnya, aku telah lalui dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri / permaisuri.. Aku hanya wanita biasa..


(^_^) (",)

Friday, November 12, 2010

interview...



kadang-kadang best jugak pergi interview nih...
cari pengalaman interview... huhu..
tapi asek menunggu call untuk dapat kerja
tak dapat2 jugak...
susah sebenarnya nak dapat kerja sama course dengan 'study'
lagi pulak course yang saya ambil ni
peluang kerja tertumpu pada lelaki...
mungkin belum ada rezeki kot..",
"bersabarlah"
kerja tu ada..
cuma belum ada yang nak lekat jurk..



(",) (^_^)

Monday, November 1, 2010

finish already...!!!!


terasa bosan dan boring bila dah habis belajar.....sekarang masa nak cari kerja...
ade ker syarikat yang nak terima aku bekerja...risounyer laaa...
harap mak n abah dapat mendoakan saya supaya cepat2 dapat kerja...
hari2 yang membosankan without work + money...hurmmm
hari ini mahu mencari kerja...ngadap laptop sahaja....
okeyhlaa..takdek ape lagi nak tulis...
next station bila da dapat job yang sesuai baru cerita dalam ini public diary...
tata...
mish u oll my fwens at IKBN PAGOH...