Saturday, May 28, 2011

ketentuan ALLAH adalah yang terbaik...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa dalam solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati

Sunday, May 15, 2011

AKU DAN DIA...


DIA BETUL-BETUL DAH MELAMPAU..
TAK PERNAH DIA MENGELUARKAN KATA KESAT MACAM TU PADA AKU..
AKU MEMANG DA RASA DIA BUKAN UNTUK AKU LAGI..
MAKA TAMATLAH HUBUNGAN CINTA YANG TIADA PERSEFAHAMAN ANTARA 2 JIWA INI..
AKU MENGAKU MEMANG AKU YANG MEMULAKAN PERGADUHAN INI...
AKU YANG BERSALAH..
AKU YANG TIDAK MEMPERCAYAINYA..
AKU JUGAK YANG TELAH MENUDUH DIA CURANG KEPADAKU..
TAPI APAKAN DAYA KATA-KATA YANG DIA BAGI PADA AKU, MEMBUATKAN AKU TAKKAN MELUPAKAN APA YANG PERNAH DIA BUAT PADA AKU..
AKU SENDIRI TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN SUPAYA DIA MENINGGALKAN AKU...
AKU TAK SANGGUP LAGI INGAT PADA DIA...
ORANG YANG PALING AKU SAYANG DAN BAGI AKU, BAKAL RAJA DALAM HIDUP AKU...


*kami telah berjanji akan mengikat tali pertunangan pada pertengahan bulan, tahun depan dan menikah pada setahun lepas kami bertunang.. semua ini dah takda ertinya lagi buat aku..


AKU JUGAK TAK SANGGUP UNTUK BERSEDIH LAGI SEBAB DIA..
AKU AMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEMBUANG SEMUA GAMBAR KAMI BERSAMA, SUPAYA AKU AKAN DAPAT MELUPAKAN DIA...


*gambar kami yang aku simpan dari tahun 2007 sampai sekarang(15/5/11)..walaupun kami banyak kali berpisah, tapi jodoh kami kuat, sehingga kami ditemukan semula.. tapi disaat ini mungkin tuhan telah menentukan takdir antara aku dan dia telah tersurat tiada jodoh..


AKU TERIMA SEMUA INI DENGAN REDHA..
AKU TIDAK MENYALAHKAN DIA ATAS APA YANG BERLAKU NI..
AKU SENDIRI YANG SALAH..
AKU JUGAK YANG MEMBUAT KEPUTUSAN, SUPAYA AKU TIDAK BERASA SAKIT LAGI....
BENARLAH KEBANYAKKAN NOVEL YANG AKU BACA MENCERITAKAN INDAHNYA JATUH CINTA DAN PERITNYA BILA CINTA DIKECEWAKAN..

AKU MASIH MENYAYANGINYA...
TETAPI AKU TAK MAMPU UNTUK MENERUSKAN HUBUNGAN INI LAGI... TERLALU SAKIT,PERIT UNTUK AKU TANGGUNG...

*terima kasih pernah menyayangi diri ini hanya untuk seketika*



(+_+)hati mati(+_+)




Saturday, May 14, 2011

Hati ini...!!!!



sampai saat ini masih tiada insan istimewa yang benar-benar memahami hati ini....
wahai kekasih...sekiranya engkau menyayangi diri ini.....
pastinya kau menerima diri ini seadanya....


engkau pernah berjanji akan menjaga dan terus menyayangi diri ini walau ape pon terjadi....

tetapi disaat diri ini memerlukan dirimu, engkau pergi jauh meninggalkan diri ini sendirian...

mana pergi semua janji darimu itu...????

diri ini masih memerlukan dirimu....

tetapi apakan daya diri ini tak mampu melakukan apa-apa untuk mengembalikan dirimu....

yang diri ini mampu hanyalah melupakan dirimu dan membiarkan dirimu bahagia.....

bukan kehendak diri ini melakukan itu semua....

diri ini terpaksa..... ='(


*~~cinta memerlukan pengorbanan~~*

*~cinta tak semestinya memiliki~*

~cinta yang kekal adalah cinta manusia kepada penciptanya~



hari ini berakhirlah kisah cinta 2 hati yang saling menyayangi dan mencintai

terpisahnya mereka kerana tiada persefahaman...

percintaan jarak jauh menyebabkan mereka tiada kepercayaan antara satu sama lain...

E>~~aku dan dia~~<3
hanya dialam fantasi


(impian bersama si dia tidak mungkin jadi kenyataan)

"terima kasih sayang"
(((pernah membahagiakanku walaupun cuma seketika)))



(~~INILAH TAKDIRNYA~~)



:'(
(tangisan kekecewaan)