Wednesday, October 19, 2011

masih belum ada rezeki untuk aku!!! =.=

dah hampir sebulan aku menganggur...entah kenapa dah banyak interview aku pegi tapi masih belom dipanggil untuk bekerja.. tadi jam 4.32 pm..dapat panggilan dari Siz Roshidayah as a HR at Picotech, ingatkan nak bagi taw berita gembira, rupenye...(sebak)


sedih sangat sebab tak dapat job tuh...geram pon ade jugak,sebab dia kata terpilih tapi dia lebih utamakan lelaki..kalau macamtuh baik laa cakap awal2 taknak "gurl".tak payah aku bazirkan masa, tenaga dan wang ringgit aku tu pergi KL.. terkilan jugak laa kan..pastu diorang dengan senang hati nak suruh pegi interview kali kedua untuk department lain (ingat KL ngan JB sebelah2 ape!!!) haishh..memikirkan tak dapat kerja lagi aku macam nak cuba..tapi...(dah takde hati kowt!!) so malas lah..

dengan keadaan yang tak berapa oke..aku pegi online laa..tengok dekat jobstreet..mane taw ade peluang untuk aku cuba kerja lain lagi...aku tabahkan hati call kilang V.S Industry..cakap dengan HR department Mrs. Kamariah..dia suruh aku datang interview hari Jumaat bersamaan 21.10.2011. syukur Alhamdulillah masih ade rezeki untuk aku...aku harap kali ni aku diterima bekerja..semoga Allah murahkan rezeki untukku.. Amin...

setiap yang berlaku ada hikmahnya...semoga aku berada dikalangan orang yang beriman, sentiasa bersabar dan sentiasa redha dengan ketentuanNYA..Amin..

Terima Kasih pada Abah (Mr.Abdul Kadir) - banyak tolong kakak, bagi duit,sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakak,dan segalanya abah.. kakak harap satu hari nanti, kakak akan berjaya dalam hidup..(penuh semangat!!)


Saturday, May 28, 2011

ketentuan ALLAH adalah yang terbaik...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa dalam solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati

Sunday, May 15, 2011

AKU DAN DIA...


DIA BETUL-BETUL DAH MELAMPAU..
TAK PERNAH DIA MENGELUARKAN KATA KESAT MACAM TU PADA AKU..
AKU MEMANG DA RASA DIA BUKAN UNTUK AKU LAGI..
MAKA TAMATLAH HUBUNGAN CINTA YANG TIADA PERSEFAHAMAN ANTARA 2 JIWA INI..
AKU MENGAKU MEMANG AKU YANG MEMULAKAN PERGADUHAN INI...
AKU YANG BERSALAH..
AKU YANG TIDAK MEMPERCAYAINYA..
AKU JUGAK YANG TELAH MENUDUH DIA CURANG KEPADAKU..
TAPI APAKAN DAYA KATA-KATA YANG DIA BAGI PADA AKU, MEMBUATKAN AKU TAKKAN MELUPAKAN APA YANG PERNAH DIA BUAT PADA AKU..
AKU SENDIRI TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN SUPAYA DIA MENINGGALKAN AKU...
AKU TAK SANGGUP LAGI INGAT PADA DIA...
ORANG YANG PALING AKU SAYANG DAN BAGI AKU, BAKAL RAJA DALAM HIDUP AKU...


*kami telah berjanji akan mengikat tali pertunangan pada pertengahan bulan, tahun depan dan menikah pada setahun lepas kami bertunang.. semua ini dah takda ertinya lagi buat aku..


AKU JUGAK TAK SANGGUP UNTUK BERSEDIH LAGI SEBAB DIA..
AKU AMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEMBUANG SEMUA GAMBAR KAMI BERSAMA, SUPAYA AKU AKAN DAPAT MELUPAKAN DIA...


*gambar kami yang aku simpan dari tahun 2007 sampai sekarang(15/5/11)..walaupun kami banyak kali berpisah, tapi jodoh kami kuat, sehingga kami ditemukan semula.. tapi disaat ini mungkin tuhan telah menentukan takdir antara aku dan dia telah tersurat tiada jodoh..


AKU TERIMA SEMUA INI DENGAN REDHA..
AKU TIDAK MENYALAHKAN DIA ATAS APA YANG BERLAKU NI..
AKU SENDIRI YANG SALAH..
AKU JUGAK YANG MEMBUAT KEPUTUSAN, SUPAYA AKU TIDAK BERASA SAKIT LAGI....
BENARLAH KEBANYAKKAN NOVEL YANG AKU BACA MENCERITAKAN INDAHNYA JATUH CINTA DAN PERITNYA BILA CINTA DIKECEWAKAN..

AKU MASIH MENYAYANGINYA...
TETAPI AKU TAK MAMPU UNTUK MENERUSKAN HUBUNGAN INI LAGI... TERLALU SAKIT,PERIT UNTUK AKU TANGGUNG...

*terima kasih pernah menyayangi diri ini hanya untuk seketika*



(+_+)hati mati(+_+)




Saturday, May 14, 2011

Hati ini...!!!!



sampai saat ini masih tiada insan istimewa yang benar-benar memahami hati ini....
wahai kekasih...sekiranya engkau menyayangi diri ini.....
pastinya kau menerima diri ini seadanya....


engkau pernah berjanji akan menjaga dan terus menyayangi diri ini walau ape pon terjadi....

tetapi disaat diri ini memerlukan dirimu, engkau pergi jauh meninggalkan diri ini sendirian...

mana pergi semua janji darimu itu...????

diri ini masih memerlukan dirimu....

tetapi apakan daya diri ini tak mampu melakukan apa-apa untuk mengembalikan dirimu....

yang diri ini mampu hanyalah melupakan dirimu dan membiarkan dirimu bahagia.....

bukan kehendak diri ini melakukan itu semua....

diri ini terpaksa..... ='(


*~~cinta memerlukan pengorbanan~~*

*~cinta tak semestinya memiliki~*

~cinta yang kekal adalah cinta manusia kepada penciptanya~



hari ini berakhirlah kisah cinta 2 hati yang saling menyayangi dan mencintai

terpisahnya mereka kerana tiada persefahaman...

percintaan jarak jauh menyebabkan mereka tiada kepercayaan antara satu sama lain...

E>~~aku dan dia~~<3
hanya dialam fantasi


(impian bersama si dia tidak mungkin jadi kenyataan)

"terima kasih sayang"
(((pernah membahagiakanku walaupun cuma seketika)))



(~~INILAH TAKDIRNYA~~)



:'(
(tangisan kekecewaan)

Saturday, January 8, 2011

blog dah berkulat....ngeeee



lama dah tak menaip diary nih...biasalah...busy sikit....

almaklumlah da jadi seorang pekerja...bukan lagi pelajar macam dulu....

macam2 tanggungjawab dah sekarang...nak kena kumpul duit....

bayar itu....bayar ini...hurmmmm... sungguh aku pening memikirkan semua ini...

kawan-kawan doakan aku berjaya menempuh hidup yang mendatang nih yerk...


salam....

Saturday, November 13, 2010

aku hanya wanita biasa.....


Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Saidatina Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyusahkanmu. Jadi aku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan lembut, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani aku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu hodoh dan selekeh. Mungkin karena aku begitu sibuk memasak di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan nampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian aku harus mengemas istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan aman dan tenang. Mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja.. Mungkin aku mengantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu meluahkan segala rasa, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sesaat pun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang merengek, dan aku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin aku mengganggu sedikit pun masa tidurmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Saidatina Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan berduka, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk meluahkan segala rasa di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku mahukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Atau ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul manja si kecil karena lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak henti-henti. Bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkannya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu aku tau kau selalu menghargai semua yang aku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perbuatanku pada si kecil kita, aku akan merasakan seribu kali rasa sakit dari cubitan yang aku berikan padanya, aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Saidatina Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu khilaf, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Esa.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya kelak.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau temu puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bercambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan saatnya, aku telah lalui dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri / permaisuri.. Aku hanya wanita biasa..


(^_^) (",)

Friday, November 12, 2010

interview...



kadang-kadang best jugak pergi interview nih...
cari pengalaman interview... huhu..
tapi asek menunggu call untuk dapat kerja
tak dapat2 jugak...
susah sebenarnya nak dapat kerja sama course dengan 'study'
lagi pulak course yang saya ambil ni
peluang kerja tertumpu pada lelaki...
mungkin belum ada rezeki kot..",
"bersabarlah"
kerja tu ada..
cuma belum ada yang nak lekat jurk..



(",) (^_^)

Monday, November 1, 2010

finish already...!!!!


terasa bosan dan boring bila dah habis belajar.....sekarang masa nak cari kerja...
ade ker syarikat yang nak terima aku bekerja...risounyer laaa...
harap mak n abah dapat mendoakan saya supaya cepat2 dapat kerja...
hari2 yang membosankan without work + money...hurmmm
hari ini mahu mencari kerja...ngadap laptop sahaja....
okeyhlaa..takdek ape lagi nak tulis...
next station bila da dapat job yang sesuai baru cerita dalam ini public diary...
tata...
mish u oll my fwens at IKBN PAGOH...

Monday, September 27, 2010

lazy!!!!


arggghhhh...kenapa hari ni rase sungguh penat..???mungkin ker sebab puasa...???
tak lowh...sebab banyak pikir...the correct answer...hurmmm...
ati tak tenang sebab pikir nak kena repeat paper manage maintenance...
adoiii aii...sok plak ade exam machine assembly...
sungguh malas untuk study malam nih...
tolong lah saya...!!!!

sangat tension lowh kene wat report pojek sowang2...
nape laa dapat team final pojek yang 'sangat TaK BeST'
huhhhh...k laa taknak bebel panjang2...da nak berbuka....daaaa...

Sunday, September 26, 2010

last year convoy raye at muo wif cluzmate....



alkisah kami DKM MI 2/2007

dalam keadaan yang tension n serabot pikir sal final pojek n final exam,
kami sempat me 'realease tension' dengan keluar berjalan sama seperti tahun sebelum ni..
raya rumah dak2 yang dok kat muo saje...
meriah lol....

citenyer cam gini...

plan nyer nak gerak dalam kol 8.30 pagi pergi umah wak (1st)...
berlaku masalah teknikal(keta din mersing rosak) kol 9.45 gak gerak dari IKBN...
fuhhh...letih...leyh tahan lama gak melepak kat tepi jalan...
biasalah setiap destinasi mesty snap pic..

(^_^.)



kiat's, ajib, aja, n me (paling kiut) hahaha


pleasing lagi...

like couple...?? (yes/no)
the answer is no...juz fren only...
(jangan pikir bukan2)
we are teman tapi mesra...


aku n wani... (gumoks vs kurus)


di rumah yang pertama.. (wak)

sampai umah wak jur...salam2 ngan mak n ayah dia pastuh tros makan...
hahaha...sungguh xsenonoh kan sumenyer..
team dak2 keta da sampai dulu..
team dak2 moto sampai lambat (sesat kot)
depa sampai jur da lambat...
terpaksa tunggu laa dorang siap makan
bila perot da kenyang...
kami pon mengambil keputusan untuk beredar...wahahaha...
(biol kesumanyer) tahap gaban
tapi sebelum blah snap pic dulu laa...



di rumah yang kedua.. (jijie)

sampai jur tros pose...!!!hahaha mang kaki gambor dak nieyh....

me n akma (^_^)

wani n me (^_^)



pic keluarge...


di rumah yang ketiga.. (mamod)

tyme ni mamod mang ngelat...dia suh pegi rumah dia dulu upenyer ade sebab...
sume geram ngan dia...mang kena palat habis-habisan ar..
padan muke ko mamod!!!!
naseb mak n bapak mamod ni sporting abiz ar...
antara 3 3 umah yang da pegi...
paling meriah umah mamod ni laa...
mak n bapak dia leyh masuk pala gak ngan kitorang sume...
lau pon setahun sekali...mak dia masih mengingati kami...
caiyokk laa pakcik n makcik masih mempunyai daya ingatan yang cukup kuat...
tabik spring lowh!!!salute..... (*_^)
tengok pic kat bwh ni jur da tawu...mak n bapak dia mang sporting abiz..
huhuuu...so scroll on rite!!!






pic kami 1 family di rumah ke-3...ngeee


di rumah yang keempat.. (pn.asikin)

nothing to says!!!!lets see my pic n fren....



pic family bagi setiap rumah yang kami pergi...huhuuu



di rumah yang last(kelima).. (fezal)

tyme niyh mase paling penat...ye laa da puas berjalan...aku plak..
dari rumah pn.asikin masuk jur keta tros tido...
hahaha...dah mang kaki tido..lagi plak kepenatan berjalan...
fuhhh...sungguh letih lowh...
sungguhpun begitu...mesty snap pic jugak...
kenangan kan...last year dok kt muor ngan kengkawan...
pasni masing2 da sibok ngan keja..tah2 tros lost contaq...
even xjumpaq, pic kenangan still ade n bleyh tatap puas2 sampai lebam..
bila rindu....terkenang dirimu....
so tatap pic yang ade bagi melepaskan kerinduan pada kengkawan tersayang....





last one pic kami untuk raya tahun 2010...

tah bila lagi kami akan bersama macam ni....

jalan sesama, makan sesama, gelak sesama....

suma sesama laa...hurm :'(

sangat sedeyh....

korang...aku harap ikatan persahabatan kita takkan terputus okeyh....
laupon kita da jauh nanti...aku harap kita semua masih contaq...
tak kira laa dalam henset, facebook or blog...


selama 3 tahun kita sume bersama...laupon ade gado2 pastuh baik semula...kita da cam adek beradek kan...
neway...dikesempatan ini aku nak wish....


*good luck for u oll's...
*wat exam t leklok taw...
*doakan sume kawan2 kita dapat diploma
*ape pon yang kita wat ingat pada ALLAH
*lastly- aku sayang korang suma..


LUV U OLL'S MY FREN....




smile always...(^_^)....

Thursday, September 23, 2010

latest update!!!




dah berhabuk blog aku nih..
hurm...
rasenyer cam da terlalu lama tidak mengupdate beliau...
(haha...rindu nak share kenangan dalam nih)

rasenyer masih belom terlambat untuk mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

pada semua rakan2 blogger.. dan pada semua yang mengenali diri saya ini...

rasa macam sekejap jer da raye...
lagi pulak sekarang ni tersangat lah busy...
coz y... da nak dekat final exam...dalam ketakutan nak berdepan dengan exam...
masih ade keberanian untuk pergi 'enjoy' ngan kengkawan (p beraya)..
hurmmm..serba salah...lau tak pergi t cluzmate cakap pe lak..so nak tak nak kena pergi laa jugak....

dikesempatan ini tak nak lah bersedih2...nak cita besh2 jur...huhuu..
nak tengok pic mase raye...??????


JOM!!!

scroll on....



ma luvly family....


my mum sibling wif their wife n husband...
oppss...pak ngah xde lowh tyme ni...xcukup quota..hehehe



cucu laki tok kadir...ngeee~~~


cucu pompuan tok kadir....(comeyh kan..???)


anak menantu, cucu, cicit tok kadir yang always meriah....
tapy sanad sad coz arwah tok mak and tok su da tak dapat join bergambar...
(semoga roh arwah dicucuri rahmat...amin...)


aku dan amer(ke-3) mang suka pleasing...hahaha...
paling xleyh bla...muat lak tuh 1 kusi...kira tak bape nk gumoks laa kan...
yezza.....


green + red = dun noe!!!!

rasanya da banyak kot pic yang dishare...cukuplah...hahaha
tata titi tutu....




smile always..... (^_^)

Wednesday, August 11, 2010

selamat menjalani ibadah puasa....


hari pertama puasa untuk tahun 2010....aku berada di IKBN...selama 4 kali puasa dalam 6semester aku berada disini...macam2 pengalaman aku dapat sepanjang berpuasa di sini....suka duka bersama kawan2 yang aku sayang...aku harap ramadhan kali ini membawa perubahan yang besar dalam hidup aku...semoga aku tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran yang diberi dalam hidup ini....
aminnnn... (^_^)

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA!!!!


Saturday, August 7, 2010

pendam!!!!



malam yang suram....walaupon aku yang paling banyak bergelak tawa bagi menutup segalanye...entah kenapa laa dengan aku ni...aku sendiri pon tak paham ngan diri aku... asek nak geram n marah pada sume orang yang selalu wat aku bengang...!!!bodoh korang tawu tak!!!!aku tak suka nak mara2 camni....aku rase tak sedap ati....ape yang akan berlaku lepas ni ek...???blurr sangat pikir...harap bukan perkara buruk laa...



YA ALLAH!!!!!!!
tabahkan hatiku untuk menerima ujian darimu...mungkin aku tidak kuat tanpa bantuan dariMu....



Friday, August 6, 2010

rindu nak berbelog-belog...




hari jumaat yang ditunggu2....tapi jumaat kali ni xse best jumaat yang sebelum2 ni...sebab ape..???esok tak cuti....aaarrggghhh sungguh malas untuk pergi ke bengkel...semua orang tahu,,,hari sabtu dan ahad adalah hari berehat...mane boleyh ade klas ker...keje ker....huhuuu..(untuk orang malas cam aku jurk)wahahaha


haiisssshhh....aku cukup bengang bile dengar cerita tentang kecurangan......aku rase manusia2 yang berlaku curang tuh sume patot dihapuskan dari dunia ni...naseb laa aku tak mempunyai kuasa untuk berbuat begitu....kenapa aku harus berkata sebegitu...????terlalu banyak jawapan untuk aku beritahu....1st - semua itu telah terjadi pada diriku... 2nd - kawan2 aku juga kena perkara yang sama 3rd - biarlah rahsia!!!


pelek laa lelaki ni...ape yang dorang nak pada gurl ek..???lau pikir yang bukan2 mesti laa nak tutttt...lau pikir positif lak nak yang baik n bleyh jage dorang...n banyak lagi jawapan ler..(xkan nak senarai kot)...tapi tuh laa...bila da dapat yang baik...yang okeyh....still nak pasang reramai...ingat da bagus laa tuh...pikir laa...cam mane nanti perkara yang sama kena pada family korang(boy)...waduhhh2 serabut pala otak betol larh...lantak korang laa erk..


P/S : don't be a stupid person in your life...huhhh!!!


dah habis story pasal kebencianku terhadap perangai lelaki durjana seperti itu....huhuuu
sekarang ni tyme kaum adam menunaikan solat jumaat di masjid dan kaum hawa membuta....hahaha...iye laa abiz tak tawu nak buat ape kan...cume aku jur xmembuta...bizi menaip belog...huk3...


bosan laa...kat cini ade karnival ape ntah...nak pergi..???huhhh aku langsung tak berminat....banyak lagi keje yang patot dibuat...xde masa laa nak dibuang ngan perkara2 camtuh..final projek lagi..report lagi...adoiii aii macam2 hal larh...kawan2 bleyh tak kite spent tyme mase and p dating(gurl only) rindu siot nak buat harok ngan korang cam mase sem 1...dapat release tension bile ngan korang....lagipon dok dalam ni membusankan..macam2 bende kene pikir...huuhuu...


da kene siap laa pulak...nak masuk bengkel dah...2.30pm...sharp da kne ade kat bengkel...aduhhh...lemah lutut ni...k larh...malam nanti baru sambung berbelog...weeee~~~tata



always keep smiling!!!!

Tuesday, August 3, 2010

nothing else!!!! lets story mory....




today i'm so borink....2 noe why..???entah laa...i don't noe why...hehehe..agak kebiolan...
arini posa so takdek pe laa citer menarik nak dikongsi...
cume tadi siang tolong group babeng(fezal) menjahanamkan projek diorang...wahaha...padan muke korang...!!!!aku lau takder keje macam tuh laa...abiz sume orang aku kacau...

aku rindu nak balik rumah..rase lame jek nak tunggu next week...aaarrrggghhh!!!! tibe2 rasenak menjerit...

nak say>>>>>>>>tak sabo nak posa n kumpul pahala wat amal ibadah di bulan yang penuh keberkatan...almaklumlah da bertimbun2 dosa yang dibuat sama ade nampak or tak or sedar or tak...padan gitulahhh....

hari ni rase lain laa pulak dengan layanan b....huhuuu...saje nak menggewdix citer pasal b...
entah laa mang rase lain....nape erk..???dia da berubah hati kew...???aku pown tak tawu lahh...tak pe laa macam tuh...biorlah dia dengan hal dia.. aku da serik sayang orang yang tak sayang pada aku...terpulang laa b...kalau ade jodoh antara kita takkan kemana...Allah da tetapkan tu sume....malas pikir coz belom sampai mase untuk itu semua...maaf sayangku... saya tetap akan menyayangi awak lau pon nanti mungkin awak tidak menyayangi saya lagi....

huhuuu...citer pasal final pojek lak laa... (semi auto pump)
projek berjalan dengan lancar setakat ni...tanks kucai coz kamoo da beri sepenuh komitmen pada projek ni...lau pon aku tawu yang kamoo tidak ade semangat untuk buat projek ni kerana bagi kamoo projek yang kiter buat nih macam bodo2...tapi tuh sume aku tak nak pikir...coz ape pon perancangan da dibuat dan projek da dipilih..sikit jur lagi da nak siap..tinggal nak wat penyambungan dari motor power window pada pam n wiring sistem auto...ooouuuhhh lpe...1 lagi prob........troly..????tak tawu cane nak design baru...tak pe laa esok lusa dapat laa idea nak modified troly tuh...huhuuuu

masa untuk tido sekarang ni..tak nak tido lambat lagi...huhuuu..konon azam baru laa tuh...hahaha...azam baru sebelum ramadhan tiba...alhamdulillah....

aku mengharap ramadhan kali ni lebih bermakne dari sebelum2 ni...semoga ALLAH memberkati semua yang aku kerjakan....amin....

okeyh laa gud nite...tata..




Monday, August 2, 2010

ip man...i really like diz movie!!!!luv it...!!!

semalam melayan cerita ip man yang pertama...sangat2 best...of coz laa aku ni peminat setia sume citer kungfu...full of skill, style and overall very smart!!! meriah taw... waduh2....tangan gue jadi seperti parkinson sebab tengok cite tuh...excited betol laa...hahaha...


all of us...don't forget to watching this movie....i give 5 star for this movie!!!!


esok dapat lagi citer lawan2 nih...aduh mang minat sangat2 larh dari kecik...hahaha...

pape pon mate da xtahan nak terlelap...so nak tido dulu taw...

tata everyone!!!!

nyte n sleep tight...weee~~~



nothing important!!!

terasa nak meluahkan sesuatu dalam diary ni...kenapa ek..???
mungkin aku terasa sedih kot...huhuuu...tak jugak...rase kecewa sket pon mungkin...
aaarrrrgggghhhh!!!!!!!!!!!


aku benci laa orang yang suka tipu aku...sebab aku rasa tak adil........
aku tak penah rase nak menipu or menyorokkan sesuatu perkara yang aku rasa aku patot bagi tawu....entah laa.....


kenapa ek manusia ni ade macam2 perasaan...???
adoiii nape laa aku biol sangat tanyer solan bengong camtuh.....
ALLAH da jadikan hambanyer adalah sebaik-baik makhluk ciptaan...
baru semalam aku rasa sangat2 bahagia dan gembira atas semua luahan si dia....
tapi nape hari ini aku perlu tahu satu lagi pembohongan dia pada aku...??????
ape salah aku...???
kenapa semua ni jadik pada aku..???
kenapa aku yang dipilih...???


YA ALLAH......


kuatkan dan tabahkanlah hati hambamu ini......untuk menghadapi segala dugaan yang Kau beri....tunjukkanlah aku jalan yang lurus.....jauhkan aku dari segala perkara yang tidak baik berlaku.....ya ALLAH......aku tak mampu menghadapinya tanpa bantuan darimu....lindungilah aku ya ALLAH.....

hurm ni mungkin dugaan yang harus kau hadapi wahai ADRINA....tabahkan hatimu....!!!!

aku akan cuba...aku pasti boleh...sebab aku ade mak ngan abah yang terlalu memahami anaknye... aku jugak ade kawan2 yang selalu bagi nasihat yang berguna(kadang2)...
mak abah(family) n kawan2 yang paling aku perlukan dalam hidup aku....tanpa kalian semua aku takkan rase gembira....hidup di dunia ni...

indahnya dunia ciptaan ALLAH S.W.T....


"si dia"


saya cuma mahukan kasih sayang, kesetiaan dan kejujuran daripada awak...tolonglah jangan tipu saya dan mempermainkan perasaan saya...da serik atas peristiwa dulu...saya harap setiap ape yang awak luahkan pada saya adalah dari hati dan bukan hanya dari mulut yang manis berbicara.... :'(


hurmmm...malam yang dingin membuatkan aku mengantuk...+_+ tapi tangan semakin ligat untuk menaip....banyak benda nak diluahkan...tapi masa mencemburui kita...tak kesah laa..dengan masa yang nak cemburu2 tuh...aku tetap nak taip lagi...


tah larh...kenapa dengan aku sekarang ni pon aku tak tawu...aku nak cuba berubah....tapi nape setiap perubahan yang aku cuba hanya sementara dan tidak kekal lama....ya ALLAH teguhkanlah iman ku...


setiap yang berlaku ada hikmahnyer...aku harap sumenye berjalan dengan lancar...dan diredhai oleyh ALLAH S.W.T....


okeyh laa tangan pon da naik kematu nak menaip bende yang panjang sangat bak karangan SPM...dan merehatkan otak yang semakin bengong pikir nak taip ape lag...
penat sangat2...so da bleyh tido...


gud nyte semua....

Wednesday, July 28, 2010

takdek keje....


Happy Moment


im happy with you b...
swear!!! i do that im very fall in love with you...

i love you more than anything....
thanks for everything my luv hubby...





huhuu..memalam camni tiba2 jadik gewdix nak edit pic camni...hehe..
almaklumlah da malas nak ngadap keje yang makin hari makin melambak...
blurr sesangat nak buat sume tuh...aku tersangat laa boring saat ini...
nasib baik ade 'my sayang teman....huuuu..
tak mao tulis panjang2 lagi...
sok plak sambung story...
weee~~~

saya yang kegewdixkan malam ini...huhuuu

Sunday, July 25, 2010

luahan hati!!!


sangat2 tersentuh tadi mendengar cerita tentang kecurangan seorang pasangan kekasih....perkara yang pernah dialami olehku juga takkan dilupakan sampai bila2...betapa kejamnyer diperlakukan sebegitu oleyh makhluk ciptaan ALLAH yang bernama lelaki....sanggup memainkan perasaan orang lain untuk kepentingan diri....tapi tak mengapa...mungkin orang itu akan mendapat balasan juga satu hari nanti....(bukan mendoakan) perhaps...perhaps....perhaps...weee~~~


ape2 pon hidup perlu diteruskan seperti biasa...huhuu...wallaweyh...asek tacing2 jurk..xbest laa der...(tiba2 dtg kebiolan di kepala)wahahaha...aku rasa sungguh tertekan...kadang2 rase nak larikan diri dan bersembunyi tak nak tunjukkan muka pada orang yang aku ni masih wujud..hahaahaa...why..????hurmmm...nothing....juz want 2 do a crazy thing...tah laa...rase semakin serabut dibuatnyer...aisehhhmen...


dengan assignment Pn. Asikin lagi, projek yang En.nasir bagi lagi, final projek lagi..bila laa sume tuu nak settle..aku pon xtawu nak cakap cane lagi..sekarang 1 geng for final project da xsebulu(xde chemistry lagi) hurmm..padahal group kiter yang pilih sendiri..nape leyh jadi camni ekk..??da nak abiz ni macam2 benda berlaku...kepala sangat2 lah serabut...kowrunk tolong laa paham...kite cume tinggal lg 2 bulan jur...bagi laa kerjasama...hurmmm andainya kowrunk tawu ape yang aku rasa saat ni... (T_T) tersangat laa sedeyh...


ajib - aku cuma nak ko tolong laa bagi tawu ape yang aku patot buat...???aku nak buat keje tapi aku takut ape yang aku buat tuh silap...sebab projek yang kiter buat ni sume idea ko...jadi tolong laa..jangan ko buat dan biokan aku ngan kucai cam orang bodoh tak tawu pape tentang projek ni... aku mintak,,, tolong laa respect aku sket even aku tak pandai cam ko tapi aku tak der laa bangang sangat sampai xmampu nak sumbangkan idea dan tolong terima jugak idea aku!!! hurm(geram+marah+kecewa+sedeyh)
kucai - aku taknak laa ko buat muka dan tak bagi komitmen...sebab sekarang ni kiter 1 group dan memerlukan antara 1 same laen...laupon ko tak suka tapi ko tetap kene suka jugak sebab kiter ade keje yang perlu diselesaikan bersama2...aku nak lulus dan dapat diploma...aku tak nak sebab ni, mase kiter 3 taun kat IKBN ni sia2... maafkan aku...aku tak mampu nak cakap sume benda ni depan kowrunk....aku hanya mampu meluahkan sumenyer dalam public diary(blog entry) aku nih jur..


da penat meluahkan isi hati...tiba masanya untuk merehatkan kepala otak yang dah sarat dengan macam2 benda...tido adalah salah satu cara menghilangkan stress dan kaedah menenangkan jiwa....so juz follow!!!



gud nyte everyone!!!bace doa sebelum tido!!! tata bebeyh...

(*_*)zzzzzz.....




lets gewdik2...




banyak keje yang perlu disiapkan.. tapi bukannyer aku buat pon...hahaha..sah mang pemalas+*&^%$#@! tahap gaban...huk3...
macam xdew keje laen jurk..mengedit pic segala...tah pape... antara pic edit sendiri dan ciplak orang laen edit..... moh kita lihat....hehehe
tapi seblom tuh.....promise ape2 yang pelik jangan tegor or tanya...juz keep it secret!!!
ok........????????wee~~~

juz 1 pic editing by me!!!hahaha







disebabkan kebosanan melanda + kemalasan tahap anak cipanzi...
sume keje yang dilakukan tidak menjadi dan membuatkan aku rasa mengantok sebab da bebel terlampau banyak..hahaha agak kebiolan kepala aku nih...

tapi takpe..ini entry aku kan..so..takde sape berhak marah...muahahaha (^~^)



smile always!!!! (^_*)